Sejak kebelakangan ini, WhatsApp dilihat sangat giat menguji sejumlah ciri dan fungsi baharu yang menarik. Boleh dikatakan ciri yang ingin ditambah sangat membantu untuk kegunaan seharian dalam masa yang sama ingin bersaing dengan aplikasi pemesejan, Telegram.

Terbaharu, WhatsApp sudah mulai menawarkan kemas kini kepada aplikasi mereka di platform Android, iOS dan juga PC untuk menyokong sehingga 512 peserta dalam satu kumpulan pemesejan. Ciri ini dilihat sangat bersesuaian untuk syarikat besar yang mempunyai ramai pekerja atau pun penjual yang mahu memantau ejen-ejen produk mereka.

Sumber Gambar: WaBetaInfo

Walaupun ciri ini sangat membantu tetapi masih dikira terkebelakang kerana Telegram sendiri sedia menyokong sehingga 200,000 ahli dalam satu-satu masa. Difahamkan sebahagian pengguna perlu menunggu buat sementara waktu jika masih belum menerima ciri tersebut.

Ciri ini boleh didapatkan menerusi kemas kini terbaru pada aplikasi WhatsApp. Jadi, buat anda yang mahu mencuba boleh memuat turun versi terbaru pada platform yang digunakan.

Sebelum ini juga, WhatsApp telah membawakan ciri baru yang mana membenarkan pengguna membuat perkongsian fail sehingga 2GB.

WhatsApp Groups Terima Beberapa Ciri Baharu Termasuk Perkongsian Fail Sehingga 2GB

WhatsApp Bakal Membenarkan Pengguna Pindah Mesej Daripada Android Ke iOS Dengan Mudah